Friday, April 17, 2009

KUIH ANTA KESUMA (KUIH KACAU)

Bahan-Bahan
600 g keledek kuning, dikupas kulitnya dan direbus
600 g gula pasir
3 biji kelapa parut, dibuang kulit arinya (perah 1200 ml santan darinya)
10 biji telur ayam, dikacau hingga hancur sedikit vanila
3 helai daun pandan

Cara
1. Bahagi dua santan. Kisar atau lecek keledek dengan satu bahagian santan hingga sebati. Jika ia berhampas, tapislah.

2. Masak santan yang sebahagian lagi bersama-sama gula hingga mendidih. Sejukkan.

3. Campurkan keledek yang dikisar tadi ke dalam santan masak bersama-sama telur, vanila, pewarna kuning dan daun pandan yang disimpul. Kacau rata-rata.

4. Jerang adunan ini di atas api yang sederhana, sambil dikacau-kacau sehingga ia pekat dan masak. Untuk menguji sama ada kuih ini sudah masak betul atau tidak, kita hendaklah mencecahkan jari padanya, jika ia tidak melekat di jari kita, ini bermakna ia sudah masak.

Cara Menghidangkannya
Kuih tradisi ini selalunya dihias dengan sepitan bunga. Caranya ialah dengan membubuhkan is di dalam pining lalu dilicinkan dengan menggunakan daun pisang. Selepas itu disepitkan dengan sepit kuih tart untuk membentuk bunga banji, bunga lawang dan sebagainya. Satu cara lagi ialah dengan mengukir bentuk daun pada sepotong kelapa, kemudian dicetak ukiran ini di atas kuih itu.

*sumber : Puan Hjh Asfisah

No comments: