Friday, April 17, 2009

JEMPUT-JEMPUT PAGODA


Bahan-Bahan
250 gm tepong kacang kuda
3 tangkai cili hijau (potong bulat)
1 sudu teh potas
250 ml air
4 biji bawang merah - hiris
1/2 sudu teh garam
30 sen daun ketumbar - hiris

Sosnya:
6 tangkai ciii merah.
3 ulas bawang putih ...dikisar
1 biji keledek - rebus dan tumbuk
2 sudu makan gula
1 sudu makan cuka
garam


Cara:
Semua bahan-bahan digaul menjadi satu.
Perap setengah jam.
Goreng seperti jemput-jemput.
Sosnya - campur semua bahan dan masak hingga mendidih.
Hidangkan dengan jemput-jemput. Enak dimakan semasa panas.


*sumber : Puan Arni Maoni

No comments: